School!!!! Miss them!!!
By Nurul Nabilah Zakaria - 3:00:00 PM
Assalamualaikum.
*blank*
Hehehe. Aku kembali. Lama tak update kan. Rindu tak? Tak?! Okay, abaikan sweet words aku ni. Kali ni, aku nak ceritakan saat-saat aku kat sekolah lama dulu. Tadi pagi aku pergi teman adik aku ke sekolah. Ada hari terbuka. Alang-alang aku dah ada kat sekolah dan rindunya aku kat sekolah, aku melawat la kejap sekolah tu. Nampak sangat aku tak hargai zaman persekolahan dulu.
Ni la kawasan aku dulu! Akulah 'Kak Long' kat tempat ni. Serius aku rindu gila saat ni. Lepak dengan kawan-kawan, study sama-sama dengan kawan sekelas. Rindu sangat!
Banyak dah berubah kat sini. Dulu, tv ni kat tempat lain.
Dah ada laman da kat depan library ni.
Kolam kat bawah tangga pejabat. Cantik!!! Ada katak biru.
Gambar-gambar aktiviti library.
Kawasan berdekatan makmal Biology yang lama. Masih cantik macam dulu. Kat sini la aku borak kejap dengan cikgu Biology aku pagi tadi. Seronok sangat dapat jumpa mama kesayangan =D
Kat depan makmal Sains Tulen. Cantik kan?
Waaah~~~! Kawasan padang petanque!!! Rindu saat aku berlatih kat sini. Main-main dengan group lain waktu petang. Rindu~~~
Dewan terbuka. Masa aku belajar sini dulu, dewan ni tengah bina. Lepas aku habis SPM baru siap dewan ni. So, batch aku tak merasa la dewan ni. Sobs.....sobs.....
Mural ni dibuat berdasarkan silibus English Literature. Aku paling lemah bab menghafal metaphor, simile and bla bla bla. Sangat mengantuk belajar benda alah ni.
Kelas 5B dulu kelas aku. Kena panjat bangunan 4 tingkat. Penat siot! Tapi, aku tak pernah kurus bila panjat bangunan ni. Rindu dengan suasana kelas ni walaupun aku selalu kena buli dengan budak laki cina dalam kelas.
Bilik Matematik. Saje aku lepak sini dah cikgu Math Modern aku ajak lepak dengan beliau. Aku join la. Benda alah bernama globe tu la selalu pening belajar Longitude and Latitude. Pening siak! Tapi bila time exam, aku tak pernah nak jawab soalan tu. Kalau aku jawab, confirm keluar dewan aku yang senget.
So, macam mana? Puas dah korang melawat sekolah aku? Aku? Tak puas! Nak sangat kembali zaman sekolah dulu. Kalau dapat diputarkan masa, aku akan hargai zaman persekolahan aku dulu.
Wassalam.
nota chumel: menikmati hari terakhir jadi penganggur. Esok dah start praktikal. Good luck to me!
0 00 Budak Chumel