28 September 2014
12:17:00 AM



Suasana bising di lapangan terbang membuatkan Anna berasa terganggu untuk membaca novel. Penerbangan ke Hong Kong akan berlepas pada jam 12.18 tengah hari. Anna melihat jamnya, baru pukul 11.20 pagi. Perutnya terasa nak makan sesuatu. Lalu dia ke kafe yang berdekatan.


Sedang dia menikmati chocolate brownies, seorang lelaki telah duduk disebelahnya dan membuatkan Ana terkejut.

“Hei! Awak ni siapa? Mengapa awak duduk di sini?” marah Anna.
“Excuse me, tempat duduk ni ada nama awak ke?” kata lelaki itu.
“Blah la kau dari sini. Main suka hati je duduk sini.”
“Blek! Aku tak nak.” Anna makan di tempatnya dengan rasa tidak tenteram. Sedang Anna menghabiskan makanannya, dia rasakan sesuatu tentang lelaki tersebut. Adakah lelaki yang duduk disebelahnya ialah Kim Ryeowook dari kumpulan Super Junior? Dia menoleh tempat lelaki itu duduk sudah tiada. Namun, lelaki tersebut meninggalkan nota kecil yang terselit pada piring cawannya.

“Awak ni garang la. Tapi, comel. XOXO”

Anna terpinga-pinga dengan lelaki tadi. Tanpa membuang banyak masa, Anna bergegas bangun dan bersedia untuk berlepas.

Semasa perjalanan ke Hong Kong, Ryeowook tertidur di sebelah Kyuhyun sehinggalah mereka tiba di lapang terbang Hong Kong. Semasa Ryeowook ingin mengambil bagasinya, gadis yang dia jumpa di kafe telah mengambil begnya dan bergegas pergi dari situ.

“Eh, beg aku. Hei! Awak dah ambil bagasi saya!” teriak Ryeowook. Malangnya, gadis itu tidak mendengarnya. Tanpa Ryeowook sedar, dia telah mengambil beg gadis tersebut tanpa dia mengetahuinya.

Sebaik saja tiba di hotel, Kyuhyun menegurnya mengenai bagasi yang Ryeowook ambil.

“Hyung, kenapa barang hyung lain? Macam bukan hyung punya je.”
“Eh, ni semua barang perempuan! Siapa punya bagasi la aku ambil ni?!”
“Cuba hyung periksa siapa punya barang. Mana tau bagasi ni milik yeoja yang dah ambil bagasi hyung kat airport tadi.” Ryeowook mencari tanda yang mengesahkan bagasi tersebut milik gadis yang telah mengambil bagasinya.


Sementara itu…..

“Argh! Ni semua barang lelaki! Beg siapa yang aku ambil ni?” teriak Anna.
“Kenapa ni, Anna? Ada yang tak kena ke?” tanya mama.
“Ni bukan bagasi Anna, mama. Ni bagasi orang lain. Ana salah ambil bagasi.” Kata Anna. Air matanya hampir mengalir namun ditahan dengan pujukan mama. Dia mesti cari siapa empunya bagasi dan tanda-tanda yang boleh dia menghubungi tuan bagasi tersebut.


Di hotel…

“Aha! Aku dah jumpa siapa punya bagasi!” jerit Ryeowook.
“Siapa punya, hyung?” tanya Kyuhyun.
“Anna namanya. Tapi, aku tak jumpa nombor telefonnya.”
“Dalam bagasi hyung ada tanda yang boleh dihubungi tak?”
“Aha! Ada. Kat tag beg aku ada nombor telefon aku.”
“Kejap lagi dia telefon hyung la.”
“I hope so.”


Di rumah Anna…
Anna terjumpa sesuatu di dalam bagasi tersebut. Kesemua barang tersebut milik ahli kumpulan Super Junior, Kim Ryeowook. Dia memeriksa semula barang dalam bagasi tersebut, dia tidak syak lagi. Itulah barang-barang Kim Ryeowook. Ini kerana, Anna salah seorang peminatnya dan mengenali barang-barang yang selalu digunakan oleh Ryeowook ketika di tv.

Anna melihat tag bagasi tersebut da nada nombor telefon yang boleh dihubunginya. Anna cuba menghubungi nombor telefon tersebut.

“Yeoboseyo? Ini Kim Ryeowook ke?”
“…”
“Maafkan saya. Saya dah terambil bagasi oppa. Saya nak pulangkan bagasi oppa tapi, di mana saya boleh jumpa oppa?”
“…”
“Back stage? Boleh ke saya masuk situ?”
“…”
“Okay oppa. Mianhae oppa. Jeongmal mianhae.”


Di konsert Super Junior…

Anna tercari-cari tiket masuk konsert. Habislah dia kali ini tidak dapat menonton konsert tersebut. Tiba-tiba, seorang lelaki datang kepada Anna menghulurkan tiket konsertnya.

“Saya rasa tiket VIP ini milik Anna serta bagasinya.” kata lelaki yang berada di hadapannya.
“Op…”
“Shh… nanti orang lain nampak oppa kat sini. Mana bagasi oppa?”
“Ada. Dalam kereta. Kejap saya ambil.” Anna berlari menuju ke keretanya dan mengambil bagasi Ryeowook dan beri kepada tuan bagasi.

Semasa konsert berlangsung, mata Ryeowook tidak lepas melihat wajah Anna yang tersenyum melihat persembahan Super Junior. Selesai konsert tersebut, krew konsert memanggil Anna untuk ke belakang pentas. Setiba Anna di belakang pentas, Anna melihat Ryeowook tersenyum ke arahnya dan mencium pipinya.

“O…oppa… kenapa oppa cium pipi saya?” tanya Anna dengan tergagap-gagap.
“Saranghae. Oppa sukakan Anna sejak di universiti. 2 tahun.” luah Ryeowook.
“Macam mana oppa boleh suka saya?”
“Macam ni…”


Flashback…

“Aish… mana pulak nota Prof. Jung? Mati aku kalau hilang. Banyak benda simpan kat situ.” keluh Anna dalam keadaan resah. Akhirnya dia pulang tanpa menemui nota tersebut.

Ryeowook duduk di tempat menunggu bas lalu membaca isi kandungan buku tersebut yang dia jumpa di kaki lima universiti. Dia terkejut melihat isi kandung buku tersebut kerana lukisan wajahnya di buku tersebut lalu dia membaca segala isi buku tersebut dengan teruja. Banyak isi kandungan tersebut mengenainya. Ryeowook hanya tersenyum.

Sejak dari hari itu, Ryeowook mencari empunya buku tersebut. Ryeowook tak berputus asa mencari tuan punya buku tersebut. Ketika dia lalu di hadapan kelas Prof. Jung, dia ternampak seorang gadis yang tercari-cari sesuatu. Lalu dia ambil keputusan untuk meletakkan buku tersebut di meja yang berada di pintu utama dan bersembunyi di belakang tiang.

Ryeowook melihat riak wajah gadis tersebut gembira sambil melompat-lompat. Dia senyum melihat gelagat gadis tersebut. Hatinya merasakan sesuatu. Dia mula jatuh hati pada gadis tersebut. Sejak daripada hari itu, Ryeowook sering memerhati gadis tersebut dalam diam.


End of flashback…


“Oh… macam tu ceritanya. Kenapa oppa tak nak jumpa saya secara bersemuka?”
“Oppa… oppa malu la, Anna.” kata Ryeowook dengan muka merona merah.
“Hehe. Nado saranghae oppa.” ucap Anna lalu memeluk Ryeowook. Semua ahli Super Junior bersorak dan mengucapkan tahniah kepada Ryeowook.










blog archive
credit
Skin by Wanaseoby. Background taken from favim.com. Cute images taken from cute secrets

Sweet Sour Plate