Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

By Nurul Nabilah Zakaria - 1:37:00 PM

heyy ya.



nampak tak pic atas tu? mestilah kan. haha.

malam tadi aku tengok cite ni. best gilerrr!

gandingan hebat Elfira Roy n Randy Pangalila membuatkan telemovie ni jadi hebat. soooo awsome!!!

nak taw telemovie ni pasal ape? jom bace sinopsis kat bawah ni.

Sinopsis:

Alia seorang gadis miskin yang lepasan SPM tinggal bersama ibu dan adiknya, Adib. Setiap hari, Alia dan Adib menolong ibunya menjual ayam di pasar. Suatu hari, sahabat baiknya, Kina membuat akaun Facebook untuk Alia agar Alia berjaya memikat golongan hartawan. Pada masa yang sama, Andy anak hartawan terkenal menambah rakannya diakaun Facebooknya menemui profil Facebook Alia. Diakaun Facebook Andy, dia berpura-pura menjadi miskin agar ada gadis yang sama tarafnya cuba menambahnya sebagai kawan. Alia yang pada mulanya tidak teruja mempunyai akaun Facebook sendiri menjadi gembira apabila Andy ingin menjadi rakannya di alam maya. Andy menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Alia. Alia mulai takut lalu dibantu oleh Kina untuk mengubah personaliti hidupnya. Mereka bertemu di Wangsa Walk Mall. Semasa pertemuannya yang pertama, Kina menemani Alia untuk berjumpa dengan Andy. Sepanjang sesi berkenalan Alia dan Andy, Kina berasa tidak sedap hati kerana asal usul Andy yang tidak diketahui oleh Alia dan Kina. Kina mengambil keputusan untuk berjumpa dengan keluarga Andy. Andy setuju dan Mak Yam menjadi mangsa sebagai ibu Andy. Rancangannya berhasil. Diikuti dengan pertemuan seterusnya menjadikan Andy  rapat dengan Alia dan seterusnya mereka berdua jatuh cinta sesama mereka. Pada suatu petang, Adib disuruh ibunya untuk membeli kelapa di kedai. Sampai saja Adib di kedai, Adib terbaca akhbar yang menyatakan 'Gadis Bawah Umur Menjadi GRO'. Adib menjerit lalu pulang ke rumah. Pada malan itu, Andy membawa Alia dan Kina makan di restoran 5 bintang di kota raya. Di situ, Andy menyatakan kebenarannya disebalik kepalsuanya sebelum ini. Alia yang ingin menyatakan hasrat yang sama telah dibantutkan oleh Kina. Kebetulan, ayah Andy makan di tempat yang sama bersama Mak Yam. Pada masa yang sama, Adib memberitahu ibunya yang Alia menjadi GRO dan membawa van ke restoran yang Alia makan. Sampai saja di sana, ibu Alia terus menyerang ayah Andy tanpa usul periksa. Andy menjadi penyelamat setelah keluar dari tandas bersama Mak Yam. Andy berasa marah kerana Alia menipunya. Lalu, Andy keluar dan ditahan oleh Kina yang menjelaskan kenapa Alia berasa selesa semasa Andy menolong Mak Yam menjual di tepi jalan. Andy berasa kesal memarahi Alia terus masuk ke restoran itu semula dan mencari Alia. Namun, Alia sudah pergi meninggalkannya. Keesokan harinya, kehidupan Alia seperti biasa menolong ibunya menjual ayam di pasar. Kina datang untuk memujuk Alia agar berbaik dengan Andy. Tetapi, Alia tidak mahu. Kina paksa Alia untuk mengaku yang Alia masih sayangkan Andy. Dengan keadaan marah, Alia mengaku masih sayangkan Andy. Lalu, Kina memberitahu Andy bahawa Alia masih sayang Andy di depan Alia. Andy berada di situ dan menyuruh Alia memberitahu semua orang yang berada di pasar itu bahawa Alia sayangkan Andy. Setelah Alia mengaku, Andy meminta maaf berkenaan kejadian malam tersebut dan mereka berbaik semula.

panjang tak? haha. jangan marah kalau tak paham. hehe.

kbaii.






  • Share:

You Might Also Like

0 00 Budak Chumel