heyy ya.
lame kan aku tak tempek ayat sengal kat sini. ce kira berapa hari? haha.
okay, aku akui aku memang rindu kat korang blog plus plus taw. haha.
amacam cuti korang? seronok? alhamdulillah. aku? jom bace story aku =)
STORY PERTAMA
keje skola? jangan harap tak menggunug! okay, aku sedar yang aku budak SPM and tinggal beberapa bulan nak tinggalkan skola \ayat macam tak sabar nak tinggalkan skola ye Nabila/. nak aku listkan keje skola? rase tak payah kot. haha. but, alhamdulillah sume keje keje skola aku hampir siap. siap dalam keadaan last minute. teruk kan aku? hehe.
STORY KEDUA
Facebook? haram tak bukak. pantang dapat cuti, bukak aje keje aku. haha. tapi, dalam keadaan yang terkawal la aku bukak. tak de la dalam satu hari 5 kali aku bukak \terasa? jangan marah!/. blog aku ni pon dah aku renovate. best kan? suke? sila la jenguk jenguk selalu. aku tak haramkan korang nak masuk janji jangan kutuk blog aku. aku taw aku bukan pakar dalam hal blogging ni. so, jangan kutuk bagai ye. aku pon tak suke hater. Allah tak suke orang yang hater sesama manusia ni. dipandang hina oleh-Nya. cehh, bersyarah pulak aku ni. haha.
STORY KETIGA
hari tu ade la budak add aku kat fb. yela dah aku jenis malas nak tengok friend request. tetibe bukak, 5 sekali add aku. alhamdulillah bertambah la friend aku kat fb tu. balik pada cite asal, bdk ni chat dengan aku. aku pon seronok kenakan dia. kitorang borak macam dah lame kenal padahal baru kenal sehari. esoknya bila aku bukak fb, dia pon ade sekali. tapi, utk pada hari tu, dia confess his feeling kat aku. pelik aku dengan perangai lelaki, pantang awek baik sikit, mesti cakap 'saya suka awak. jom couple'. aku memang tak boleh dengar perkataan COUPLE. aku bukan tak suke but, aku maseh study and aku maseh menanti dewan besar skola terbukak utk aku duduk semasa periksa spm. aku cakap dengan dia elok elok and dia boleh terima dengan hati terbuka. alhamdulillah. Ya Allah, terima kasih kerana Kau berikan perlindungan pada hamba-Mu ini.
STORY KEEMPAT
heyy, percaya tak Nabila seorang MasterChef? haha. tapi, kat rumah la. semenjak cuti seminggu ni, aku asyik masak je. ntah hantu mane rasuk dalam badan aku sampai nak masak memasak ni. kalau nak rase masakan aku, mai la datang. aku cuma masakkan korang air je. jahat tak? sila gelak. haha.
kbaii.
nota chumel: Gong Xi Fa Cai!!! err... limau satu. haha.