Miracles of Snowflakes (fanfic)

By Nurul Nabilah Zakaria - 12:10:00 AM



Sudah 2 tahun Leeteuk bersendirian tanpa Victoria di sisi. Setiap memori bersama Victoria masih lekat diingatannya. Pemergian Victoria amat memilukan di hati Leeteuk. Dia masih ingat lagi kali pertama dia berjumpa dengan Victoria.



Flashback…

3 Disember

“Maaf, boleh saya jumpa dengan pengurus bakeri ni?” tanya Victoria.
“Awak siapa ye? Ada buat temujanji dengan pengurus tak?” tanya Chanyeol.
“Ah~ ada. Saya Victoria, perancang perkahwinan dari syarikat f(x) Wedding Planner.”
“Oh ya! Awak datang tepat pada masanya. Pengurus ada di pejabatnya. Mari saya bawakan awak ke pejabat.” Tanpa sebarang permintaan dan pertanyaan, Victoria ikut Chanyeol ke pejabat Leeteuk.

“Masuklah. Saya dah beritahu pengurus yang awak dah sampai.” kata Chanyeol.
“Okay. Terima kasih.” Victoria masuk ke pejabat Leeteuk dengan senyuman yang manis. Itulah kali pertama Leeteuk melihat senyuman yang paling cantik dan manis. Dia terpana melihat senyuman Victoria dan diam membisu seribu bahasa. Victoria lihat Leeteuk dengan muka pelik.

“Leeteuk-ssi? Gwenchana?” tanya Victoria.
“Ah… saya okay. Jemput duduk. Apa yang membawa awak sampai ke sini?”
“Saya nak jadikan bakeri ini sebagai senarai bakeri yang membuat wedding kek yang tetap. Tapi, encik kena tandatangan beberapa surat kat sini.”
“Sure. Tapi, kenapa bakeri saya ye?”
“Sebab ramai memuji kek air tangan pekerja encik sangat sedap. Terutamanya air tangan Chanyeol dan Donghae.” Leeteuk hanya menganggukkan kepalanya. Pen ditangannya mula menari di atas kertas menandatangani surat-surat yang diperlukan.
“Okay siap. Terima kasih kerana jadikan bakeri dalam senarai pilihan syarikat awak, Victoria.”

Malam itu, Leeteuk terbayang wajah Victoria yang cantik. Senyuman yang manis membuatkan hati Leeteuk teringin berkenalan dengan Victoria. Tiba-tiba rakan serumahnya, Chanyeol dan Donghae masuk ke biliknya.

“Kau tengok hyung tu, Chanyeol. Berangan pasal apa la tu?” tanya Donghae.
“Apa lagi, pasal perancang perkahwinan tu la. Hyung dah jatuh hati kat yeoja tu.” serkap Chanyeol. Leeteuk terkejut dengan pernyataan Chanyeol terus bangun dari katil.
“Yah! Apa korang buat kat bilik aku?” tanya Leeteuk.
“Lari la! Singa dah mengamuk!” kata Donghae dan mereka segera keluar dari bilik Leeteuk.
“Aish… diorang ni. Kurang asam betul masuk bilik aku time aku ngah feeling ni.” Sedap Leeteuk memeluk patung Rilakkumanya, telefon bimbitnya berbunyi.

“Yeoboseyo?”
“…”
“Ah~ Victoria. Ada apa call saya ni?”
“…”
“Oh. Boleh saja. Nanti beritahu saya apa konsepnya esok.”
“…”
“Nae. Annyeong.” Leeteuk mematikan talian. Bahagianya hatinya dia akan berjumpa dengan Victoria esok.

4 Disember

Donghae menghidang dua cawan mocha latte kepada Leeteuk dan Victoria yang sedang berbincang mengenai konsep kek perkahwinan. Chanyeol dan Donghae hanya memerhati dari jauh.

Selesai perbincangan, Victoria bergegas pulang namun, ditahan oleh Leeteuk.

“Victoria, esok petang awak free?” tanya Leeteuk.
“Free. Kenapa ye?” jawab Victoria.
“Saya nak ajak awak lepak kat taman. Boleh?”
“Sure. Pukul 5 saya tunggu kat taman.” Leeteuk hanya menganggukan kepala.


18 April

Hubungan Victoria dan Leeteuk semakin rapat. Sudah sampai masa Leeteuk menyatakan isi hatinya kepada Victoria. Seperti biasa Victoria menunggu Leeteuk di taman. Victoria duduk di bangku yang menjadi bangku kebiasaan dia dan Leeteuk lepak.

Leeteuk melihat Victoria duduk di tempat biasa mereka. Dia tersenyum sambil membawa bunga dan berjalan ke arah Victoria. Leeteuk melutut depan Victoria dan menghulurkan bunga kepadanya.

“Oppa? Waeyo?” tanya Victoria hairan melihat Leeteuk pada hari itu.
“Vic… oppa…” ucap Leeteuk gagap.
“Oppa apa?” sergah Victoria.
“Victoria saranghae!” ucap Leeteuk dengan pantas lantas dia menutup mulutnya. Victoria terkejut dengan pengakuan Leeteuk dan memeluk Leeteuk.
“Nado saranghae, Leeteuk oppa.” ucap Victoria. sejak dari hari itu, mereka menjadi pasangan kekasih yang bahagia.


End of flashback…

Leeteuk duduk di bangku yang menjadi tempat duduk kebiasaan mereka berdating. Alangkah indahnya waktu itu dipenuhi kasih mesra mereka. Salji turun menutupi dedaun pokok serta rumput-rumput menghijau. Kenangan demi kenangan masih berlegar di minda Leeteuk. Dia tidak boleh lupa apa yang mereka biasa buat di bangku itu, apa yang mereka borakkan setiap kali berada di bangku itu. Semua bermain diingatannya. Sungguh manis waktu itu.


Flashback…

11 November

Sudah 1 jam Victoria menunggu Leeteuk namun dia tidak sampai juga. Lalu Victoria mengambil keputusan untuk mendail nombor telefon Leeteuk.

“Yeoboseyo, oppa? Oppa kat mana?” tanya Victoria.
“…”
“Aish… ppali la oppa. Dah 1 jam saya tunggu oppa.”  Marah Victoria lalu dia matikan talian. Tidak sampai beberapa jam, Leeteuk datang dan memujuk Victoria.

“Jagiya… oppa minta maaf sebab lambat. Mianhae…” pujuk Leeteuk sambil buat aegyo. Victorian tersenyum dan memukul lembut bahu Leeteuk.
“Lain kali jangan lambat lagi. Araso?” kata Victoria.
“Araso my jagi.” kata Victoria. Mereka luangkan masa bersama pada hari itu.

Semasa Leeteuk menghantar Victoria ke perhentian bas, Victoria ingin melintas. Disebabkan Victoria rabun malam, dia tidak dapat melihat dengan baik. Leeteuk ingin memimpin tangannya tapi, Victoria sudah jalan dahulu.

Sedang Victoria melintas, sebuah kereta lalu dengan laju di kawasan tersebut. Leeteuk ingin menyelamatkan Victoria tapi, malang tak berbau Victoria kemalangan di situ. Ramai orang berkumpul mengelilingi Victoria. Leeteuk menangis sambil memeluk Victoria. salah seorang orang ramai di situ telah memanggil ambulans. Kira-kira 15 minit, ambulans datang dan membawa Victoria ke hospital.

Chanyeol dan Donghae datang menemani Leeteuk dan menenangkan Leeteuk yang sedang sedih.

“Hyung, sabarlah. Nanti kita tau jugak apa keputusannya. Victoria pasti okey”, pujuk Donghae. Namun, Leeteuk diam seribu bahasa. Difikirannya hanya memikirkan nasib Victoria di bilik rawatan.

Selama 3 jam pembedahan, doktor keluar dari bilik rawatan.

“Macam mana keadaan dia, doktor?” tanya Leeteuk dengan cemas.
“Sabar encik. Keadaan dia tidak stabil. Dia cuma ada 15 peratus untuk hidup dan mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala.” Terkejut Leeteuk mendengar penjelasan doktor. Leeteuk masuk bilik wad dimana Victoria ditempatkan. Dia melihat wajah Victoria yang penuh dengan kesan luka dan kepala berbalut.

“Vic, jangan pergi dulu sebelum saya. Nanti saya kesunyian tiada awak di sisi saya.” kata Leeteuk. Donghae dan Chanyeol cuba menenangkan Leeteuk tapi, ia membuatkan Leeteuk semakin sedih.


13 November

Leeteuk membawa bunga dan makanan kesukaan Victoria, ramen kari. Sesampai dia di wad Victoria, dia mengusap tangan Victoria seperti memberi semangat kepada Victoria. Tidak lama, Victoria mula sedar dari koma. Leeteuk sangat gembira. Dia menghabiskan masanya di wad sambil memberi kata-kata semangat kepada Victoria.


19 November

Sekali lagi Leeteuk datang membawa bunga dengan pasta hasil masakan Leeteuk. Sedang Leeteuk menyuapkan Victoria, dia menahan tangan Leeteuk.

“Wae jagi?”
“Oppa, saya tak nak oppa nangis kerana pemergian saya.”
“Apa yang jagi cakapkan ni?”
“Kalau saya dah tak de nanti, oppa jaga diri ye. Carilah seseorang lebih baik daripada saya.”
“Tak! Jagi takkan tinggalkan oppa kan? Jangan tinggalkan oppa! Jebal!” kata Leeteuk. Perlahan-lahan, Victoria melepaskan pegangannya dan matanya tertutup selamanya. Disaat itu, salji pertama mula turun seraya air mata Leeteuk mengalir kesedihan.


End of flashback…

Leeteuk masih duduk di bangku tersebut. Tepat 19 November pada jam 12 tengah malam, genap 2 tahun pemergian Victoria. setiap tahun pada tarikh tersebut, dia akan meninggalkan ukiran namanya dan nama Victoria pada pokok sebelah bangku tersebut. Leeteuk berlalu pulang ke rumah dengan hati yang sedih.









  • Share:

You Might Also Like

0 00 Budak Chumel