My special power boyfriend (fanfic)

By Nurul Nabilah Zakaria - 12:15:00 AM




Seulgi baru sahaja berpindah ke sekolah barunya. Agak kekok dia berada dikelas barunya, Tingkatan 5-2. Dia melihat semua pelajar di kelas tersebut dengan muka merah merona kerana malu.


“Annyeonghaseyo, saya Seulgi. Selamat berkenalan.”
“Baiklah Seulgi, awak duduk di sebelah Chanyeol di belakang sana,” kata Puan Park. Seulgi berjalan ke tempatnya yang ditunjukkan oleh gurunya. Dia terus menyapa Chanyeol.

“Annyeong, saya Seulgi. Selamat berkenalan,” sapa Seulgi. Namun, Chanyeol tidak balas apa-apa pun. Seulgi hampa dengan ‘jawapan’ Chanyeol dan terus menumpukan perhatian pelajaran.

Waktu rehat telah tiba. Seorang gadis datang ke arah Seulgi.

“Annyeong. Saya Seulri. Jom pergi kantin,” sapa Seulri. Tanpa banyak soal, Seulgi pergi ke kantin dengan Seulri. Semasa di kantin, mereka lebih berborak santai daripada bercerita hal peribadi. Sememangnya Seulri seorang yang peramah dan banyak mulut. Ingin di hati Seulgi bertanyakan mengenai Chanyeol. Tapi, dia diamkan sahaja dahulu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Seulgi berjalan seorang diri. Tiba-tiba, sekumpulan lelaki datang mendekati Seulgi dan mengacaunya. Seulgi menjerit minta pertolongan tetapi, tiada siapa di situ yang boleh membantunya. Chanyeol yang lalu di kawasan itu cuba menolong Seulgi yang hampir dirogol. Dia membelasah kumpulan lelaki di situ dan akhirnya kumpulan lelaki tersebut melarikan diri.

“Gamsahapnida tolong saya tadi. Kalau awak tiada di situ, apalah nasib saya selepas ini.” ucap Shiela.
“Lain kali jangan lalu kat sini. Bahaya perempuan jalan berseorangan di kawasan yang sunyi.” kata Chanyeol dengan diingin. Chanyeol berlalu pergi meninggalkan Seulgi keseorangan di situ. Seulgi berlari mengikut Chanyeol kerana takut pisang berbuah dua kali.


Sejak daripada insiden itu, Seulgi cuba mendekati Chanyeol untuk mengenali lebih dekat. Tetapi, Chanyeol menolaknya sehinggakan Seulgi cedera kerana ditolak oleh Chanyeol.

“Berapa kali aku dah cakap, jangan dekat dengan aku kalau kau tak nak cedera!” amaran Chanyeol kepada Seulgi.
“Saya cuma nak berkenalan dengan awak saja.” kata Seulgi.
“Itu juga tak boleh! Blah kau dari sini!” marah Chanyeol dan berlalu pergi. Seulri memerhatikan perbalahan antara Chanyeol dan Seulgi dari jauh. Dia hanya menggelengkan kepala melihat perangai diingin Chanyeol.

Walaupun Seulgi sudah diberi amaran beribu kali, dia tetap mendekati Chanyeol. Suatu hari, Seulgi mengekori Chanyeol pulang dari sekolah. Sedang dia berjalan, ada suatu kuasa yang menyebabkan Seulgi terjatuh dan mengalami cedera teruk. Chanyeol yang terdengar jeritan Seulgi terus membawanya ke hospital berdekatan.

Chanyeol dan Seulri menunggu Seulgi di ruang menunggu sementara Seulgi diberi rawatan.

“Kau tau ke siapa yang buat Seulgi cedera?” tanya Chanyeol.
“Aku rasa Tao. Sebab dia saja yang selalu dengki dengan kau.” jawab Seulri.
“Dia dengki dengan aku?”
“Yup. Sebab tok guru dah bagi kau kuasa istimewa masa ujian kendiri dengan Tao dan kau lulus ujian tu. Lagi satu, sepatutnya kuasa tu diberi kepada Tao kerana Tao anak tok guru. Tapi, tok guru sengaja tak nak beri kepada Tao sebab dia tahu perangai gila Tao tu.” jelas Seulri. Kini, baru Chanyeol faham mengapa Tao dengki dengan kelebihan Chanyeol.
“Tapi, macam mana kau boleh tau semua ni?” tanya Chanyeol hairan.
“Sebab aku adik kepada Tao dan anak bongsu tok guru.” kata Seulri selamba. Chanyeol hanya membeliakkan matanya. Seulgi mendekati Seulri dan Chanyeol dan pulang bersama ke rumah masing-masing.


Sejak dari hari itu, Chanyeol sentiasa memerhati pergerakan Seulgi dari jauh kerana takut Tao akan menyerangnya lagi. Tiba-tiba, suatu perasaan yang aneh di hati Chanyeol. Dia merasakan kuasa cinta di hatinya. Kuasa cinta tersebut akan membuat Chanyeol lemah dan akan mati kerana kehilangan kuasa tersebut.

Di sudut kelihatan jauh, Tao melihat kesakitan Chanyeol dan dia tersenyum puas melihat musuhnya akan mati tak lama lagi.

“Padan muka kau, Chanyeol. Kau akan mati tak lama lagi. Aku tuntut dengan kematian kau kerana kau buat abang aku, Kris mati dan aku telah kehilangan kuasa istimewa ayahanda aku.” kata Tao dan dia berlalu dari situ.


Semakin Chanyeol melihat Seulgi, semakin perit dia menahan sakitnya. Namun, dia tidak boleh pergi jauh daripada Seulgi kerana bimbang Tao akan mencederakan Seulgi lagi. Seulri datang mendekati Chanyeol.

“Chanyeol, gwenchana? Kau nampak lemah.” ujar Seulri.
“a… aku o… okey…” kata Chanyeol tergagap-gagap.
“Kau sakit ni, aku bawa kau jumpa tok guru ye?” pelawa Seulri.
“Tak payah… aku…” Chanyeol pengsan secara tiba-tiba. Dengan kelebihan Seulri, dia membawa Chanyeol kepada tok guru dengan sepantas kilat.


Sudah seminggu Seulgi tidak nampak kelibat Chanyeol. Ke manakah buah hatinya pergi? Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya dalam benak fikiran Shiela. Dia ternampak Seulri yang baru sahaja masuk ke kelas lalu dia pergi ke arah Seulri.

“Seulri, Chanyeol mana? Selalu saya nampak awak pergi sekolah dengan dia.”
“Dia tak sihat. Nanti dia dah sihat, dia datang la ke sekolah.” Seulgi berlalu dari situ. Setiap hari, dia menantikan kehadiran Chanyeol ke sekolah sehinggalah suatu hari dia tidak tahan dengan kegelisahannya terhadap Chanyeol membuat kakinya menapak ke rumahnya.

“Chanyeol, saya ni, Seulgi. Awak ada di rumah ke tak?”. Malang sekali, tiada sahutan daripada sesiapa pun di situ. Dengan hampa, Seulgi berlalu pergi. Semasa perjalanannya ke rumah, dia ternampak 2 orang sedang berlawan. Dia mengamati wajah lelaki yang sedang berlawan. Tidak syak, itu ialah Chanyeol.

Seulgi berlari untuk meleraikan pergaduhan tersebut malangnya, kuasa Chanyeol terkena pada Seulgi menyebabkan dia pengsan.

“Hahaha! Kuasa kau akan habis tak lama lagi hanya kerana yeoja tu.” kata Tao. Tanpa menghiraukan kata-kata Tao, Chanyeol membawa Seulgi ke rumahnya.

Setiba di rumah Chanyeol, tok guru dengan Seulri berada di rumahnya. Tok guru terkejut melihat Chanyeol membawa Seulgi ke rumahnya.

“Chanyeol, jauhkan diri kau daripada perempuan ini. Kau akan kehilangan kuasa kau!” marah tok guru.
“Saya rela kehilangan kuasa sakti ini daripada kehilangan yeoja yang saya sayangi.” kata Chanyeol yang hampir menitiskan air matanya. Seulgi terkejut mendengar kata-katanya sebaik sahaja dia sedar.
“Awak suka saya, Chanyeol?” tanya Seulgi.
“Ye, Seulgi. Saya dah lama sukakan awak.”

Tiba-tiba, Chanyeol rebah ke lantai. Seulgi cuba mengejutkan Chanyeol tetapi, Chanyeol tidak menyedarkan diri.

“Dia dah tiada lagi. Dia sudah pergi.” kata Seulri. Seulgi menangis meratapi pemergian Chanyeol.
2 tahun selepas kematian Chanyeol…

“Macam tu la kisahnya.” jelas Seulri. Kini, Seulgi sudah tahu semuanya mengenai Chanyeol dan mengapa Chanyeol pergi lebih awal daripadanya. Namun begitu, hatinya masih pada Chanyeol. Dia masih merindui Chanyeol.

“Awak, saya datang ni. Maafkan semua kesalahan saya. Saya cintakan awak, Chanyeol.” luah Seulgi di kubur Chanyeol ditemani Seulri dan tok guru. Dia meletakkan bunga di pusara Chanyeol dan pergi dengan hati yang pilu.








  • Share:

You Might Also Like

0 00 Budak Chumel