Aku kembali...
By Nurul Nabilah Zakaria - 11:15:00 PM
Assalamualaikum....
Yeah!! I'm back. Miss me? Aku tau korang rindu aku. Hehehehehe. Hari ni, biarlah aku taip panjang-panjang. Bila lagi la Cik Nabiela nak taip panjang macam karangan kan? Hehehehe. Okay. Here my story...
Kali ni, aku bertuah sebab dapat taip dalam blog ni. Dah lama aku tak post something kat sini. Netbook aku dah rosak. Sekarang beliau ada kat hospital sedang dibaiki oleh doktor pakar aka ayah lil sis aku. Wakakaka^^.
Okay, kalau aku cerita something kat korang, diminta jangan gelak atau nak buat "slack" dengan aku. Aku tau benda yang nak bagitau ni maybe akan mengejutkan korang. Rileks Nabiela.... okay, I want tell you guys, aku nak berhijrah. Dah, jangan buat muka terkejut. Aku tapak kang baru tau. Hehehehe. Confirm korang nak tau aku berhijrah dari segi apa. Of course la daripada kejahatan ke arah kebaikan. Dari aku hampir ke lembah dosa, ke arah lembah pahala. Melawan segala bisikan nafsu dan syaitan dan menjatuhkan aku selama ni.
Kenapa tiba-tiba? Al-kisahnya macam ni... hanya kerana 1 video, ia merubah seluruh perasaan aku dan jiwa aku. Kerana video tu juga, aku hampir menangis. Ni bukan video kat Youtube ye. Video ni aku tengok masa sambutan Mulidur Rasul peringkat Kolej Komuniti seminggu sebelum final exam. Video tu dilakonkan oleh classmate aku sendiri, ZulQ. Video tu berkisahkan seorang pemuda (ZulQ) yang terjumpa bayi kat mana ntah janji aku nampak benda tu kat kolej aku. Ia dikisahkan berdasarkan sebuah hadis or tafsiran al-Quran. Pada mula aku tengok video tu, jiwa aku kosong. Aku tak tau apa yang aku rasa. Bila video tu ditayangkan di dewan kuliah, hati aku serta merta bertukar menjadi.... hanya Allah yang tahu. Balik tu, aku still Nabiela yang dulu.
2 hari lepas Kak Haniz, Kak Alynn and Malar balik kampung untuk cuti seminggu, ZUP! Aku capai telekung dan sejadah. Dan aku rajin bersolat. Bukan sebelum ni aku tak pernah solat ea. Cuma tak rajin je. Seminggu aku exam, aku mula rajin solat. Kalau ada masa lapang, aku baca Quran. Jika aku rajin, aku meneliti satu persatu ayat tafsiran al-Quran tu. Malam, aku dilamun bayangan dan aku sedar, selama aku jadi K-Popers ni, aku banyak buat dosa. Subhanallah. Allah dah buka pintu taubat untuk aku. Lantas aku bertaubat di sujudku. Cakap aku pun dah mula berubah. Now, aku sedang mengenali apa itu Islam. Walaupun aku tau, tapi, aku belajar lebih mendalam. Untuk cuti sem kali ni, aku pinjam malajah Gen-Q daripada ZulQ (sekali lagi) untuk aku mengenali Islam.
Ya Allah, aku bersyukur padaMu. Kau telah bukakan pintu keampunan dan kau telah menerima taubatku. Aku bermohon agar kau kekalkan taubat dan bantu hambaMu ini daripada segala kesesatan. Amin....
Dah menangis? Dah la tu. Lap airmata korang. Jumpa dilain hari Wassalam.
nota chumel: Exam semalam memenatkan. Sakit badan aku main kayu tak sudah. Kesudahannya, bangku kayu tak rupa bangku. Sebab ambil kayu yang dah tak betul. Rest time!
0 00 Budak Chumel