Saya Pelajar Tingkatan 4
By Nurul Nabilah Zakaria - 11:17:00 PM
Bangun! Selamat sejahtera cikgu! (ayat ketua tingkatan kelas aku. Budak cina. Takkan nak cakap 'Assalamualaikum' pulak. Melampau la pulak!). Biasanya cikgu masuk je kena cakap macam tu kan? Agaknya kenapa?? Sebab nak hormat cikgu yang masuk kelas kita la. Diulangi HORMAT CIKGU! Hormat tau! (Saja buat statement macam ni sebab tak pernah merasa jadi ketua/penolong ketua tingkatan dalam kelas. Huu~)
Cuti macam ni, biasanya aku memang suka sebab tak yah nak berdepan dengan masalah yang gila bapak. Tak perlu terima kerja sekolah yang sepatutnya hantar esok dan tak perlu mendengar cikgu membebel kat tapak perhimpunan mahupun kat dalam kelas (sama je kawasannya. Kat sekolah jugak. Hahaha^^). Tapi, cuti kali ni, aku nak cerita berkenaan sekolah yang aku study sekarang ni dan kehidupan aku kat sana. Selama ni, korang asyik baca pasal aku kena buli la... aku flirting la... dan macam-macam lagi. So, for today, aku nak story pasal kehidupan aku sebagai pelajar Form 4.
(maaf ye, gambar rakan sekelas tak de. Sebab tak boleh bawa handphone pegi sekolah. Nanti kena rampas dengan cikgu. Saya budak baik)
Saya bersekolah di......
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Andak
Mata pelajaran yang diminati
Bahasa Melayu: Sebab cikgu yang diajar amat pedas ayatnya dan membuatkan aku rasa tergugat bila cikgu tu tanya aku nanti. Teruk betul!
English: Cikgu yang ajar sporting. Tak mudah marah dan sentiasa tenang saja.
Agama: Cikgu yang ajar membuatkan aku mengantuk dalam kelas. Kadang-kadang suka tanya soalan cepumas and cikgu tu suka story macam-macam (gosip budak-budak sekolah pun dia tau. Hebatkan cikgu ni?)
Sains Pertanian: Setiap kali kelas ni ada, aku akan tidur. Sebab tak suka teori! After that, kena buat latihan itu ini. Tapi, okay la sebab cikgu ajar mudah dan senang. Lagi best, saya duduk sebelah Mr. WJH. Gembira hati ni!
Biology: Experiment time! Saya tak suka jugak teorinya.
Chemistry: Cikgu yang ajar saya boleh buat saya mengantuk. Time experiment paling saya suka! Tak payah belajar teori. Kira itu... kira ini.... last-last.... KHROOO.....
Add Math: Best. Kira itu... kira ini... the end of the story, SAYA PENING! Sebab jalan kira panjang sangat! Tapi menarik sebab ada perkara baru iaitu Alpha n Beta. Pandai-pandai aku la jawab nanti ;)
Kenangan
Masa form 2, aku suka sangat tawaf dengan budak kelas 2B dan 2C. Kitorang borak kat tepi koridor dan tawaf kat situ. Tapi, kalau dah boring, macam-macam benda aku buat. Orang kesah apa kalau kitorang agak gila sedikit sebab suka tawaf kat koridor tu je. Actually, kitorang ade alasan tersendiri kenapa kitorang tawaf kat situ. Sebab kitorang punya 'hati' di deretan kelas tu. Aku dengan Mr. N aku. Kawan aku lain cerita la. Tapi, tak siapa pun tahu apa tujuan kami lihat mereka. Antara kepuasan di hati atau sekadar melepaskan hati ni pada mereka walaupun mereka tak tau. Pelikkan? Hahahaha^^ that's a sweet moment that I have never forget. =)
9 00 Budak Chumel