Suasana bising di lapangan terbang membuatkan Anna berasa
terganggu untuk membaca novel. Penerbangan ke Hong Kong akan berlepas pada jam
12.18 tengah hari. Anna melihat jamnya, baru pukul 11.20 pagi. Perutnya terasa
nak makan sesuatu. Lalu dia ke kafe yang berdekatan.
Sedang dia menikmati chocolate brownies, seorang lelaki telah
duduk disebelahnya dan membuatkan Ana terkejut.
“Hei! Awak ni siapa? Mengapa awak duduk di sini?” marah Anna.
“Excuse me, tempat duduk ni ada nama awak ke?” kata lelaki
itu.
“Blah la kau dari sini. Main suka hati je duduk sini.”
“Blek! Aku tak nak.” Anna makan di tempatnya dengan rasa
tidak tenteram. Sedang Anna menghabiskan makanannya, dia rasakan sesuatu
tentang lelaki tersebut. Adakah lelaki yang duduk disebelahnya ialah Kim
Ryeowook dari kumpulan Super Junior? Dia menoleh tempat lelaki itu duduk sudah
tiada. Namun, lelaki tersebut meninggalkan nota kecil yang terselit pada piring
cawannya.
“Awak ni garang la. Tapi, comel. XOXO”
Anna terpinga-pinga dengan lelaki tadi. Tanpa membuang banyak
masa, Anna bergegas bangun dan bersedia untuk berlepas.
Semasa perjalanan ke Hong Kong, Ryeowook tertidur di sebelah
Kyuhyun sehinggalah mereka tiba di lapang terbang Hong Kong. Semasa Ryeowook
ingin mengambil bagasinya, gadis yang dia jumpa di kafe telah mengambil begnya
dan bergegas pergi dari situ.
“Eh, beg aku. Hei! Awak dah ambil bagasi saya!” teriak
Ryeowook. Malangnya, gadis itu tidak mendengarnya. Tanpa Ryeowook sedar, dia
telah mengambil beg gadis tersebut tanpa dia mengetahuinya.
Sebaik saja tiba di hotel, Kyuhyun menegurnya mengenai bagasi
yang Ryeowook ambil.
“Hyung, kenapa barang hyung lain? Macam bukan hyung punya
je.”
“Eh, ni semua barang perempuan! Siapa punya bagasi la aku
ambil ni?!”
“Cuba hyung periksa siapa punya barang. Mana tau bagasi ni
milik yeoja yang dah ambil bagasi hyung kat airport tadi.” Ryeowook mencari tanda
yang mengesahkan bagasi tersebut milik gadis yang telah mengambil bagasinya.
Sementara itu…..
“Argh! Ni semua barang lelaki! Beg siapa yang aku ambil ni?”
teriak Anna.
“Kenapa ni, Anna? Ada yang tak kena ke?” tanya mama.
“Ni bukan bagasi Anna, mama. Ni bagasi orang lain. Ana salah
ambil bagasi.” Kata Anna. Air matanya hampir mengalir namun ditahan dengan
pujukan mama. Dia mesti cari siapa empunya bagasi dan tanda-tanda yang boleh
dia menghubungi tuan bagasi tersebut.
Di hotel…
“Aha! Aku dah jumpa siapa punya bagasi!” jerit Ryeowook.
“Siapa punya, hyung?” tanya Kyuhyun.
“Anna namanya. Tapi, aku tak jumpa nombor telefonnya.”
“Dalam bagasi hyung ada tanda yang boleh dihubungi tak?”
“Aha! Ada. Kat tag beg aku ada nombor telefon aku.”
“Kejap lagi dia telefon hyung la.”
“I hope so.”
Di rumah Anna…
Anna terjumpa sesuatu di dalam bagasi tersebut. Kesemua
barang tersebut milik ahli kumpulan Super Junior, Kim Ryeowook. Dia memeriksa
semula barang dalam bagasi tersebut, dia tidak syak lagi. Itulah barang-barang
Kim Ryeowook. Ini kerana, Anna salah seorang peminatnya dan mengenali
barang-barang yang selalu digunakan oleh Ryeowook ketika di tv.
Anna melihat tag bagasi tersebut da nada nombor telefon yang
boleh dihubunginya. Anna cuba menghubungi nombor telefon tersebut.
“Yeoboseyo? Ini Kim Ryeowook ke?”
“…”
“Maafkan saya. Saya dah terambil bagasi oppa. Saya nak
pulangkan bagasi oppa tapi, di mana saya boleh jumpa oppa?”
“…”
“Back stage? Boleh ke saya masuk situ?”
“…”
“Okay oppa. Mianhae oppa. Jeongmal mianhae.”
Di konsert Super Junior…
Anna tercari-cari tiket masuk konsert. Habislah dia kali ini
tidak dapat menonton konsert tersebut. Tiba-tiba, seorang lelaki datang kepada
Anna menghulurkan tiket konsertnya.
“Saya rasa tiket VIP ini milik Anna serta bagasinya.” kata
lelaki yang berada di hadapannya.
“Op…”
“Shh… nanti orang lain nampak oppa kat sini. Mana bagasi
oppa?”
“Ada. Dalam kereta. Kejap saya ambil.” Anna berlari menuju ke
keretanya dan mengambil bagasi Ryeowook dan beri kepada tuan bagasi.
Semasa konsert berlangsung, mata Ryeowook tidak lepas melihat
wajah Anna yang tersenyum melihat persembahan Super Junior. Selesai konsert
tersebut, krew konsert memanggil Anna untuk ke belakang pentas. Setiba Anna di
belakang pentas, Anna melihat Ryeowook tersenyum ke arahnya dan mencium
pipinya.
“O…oppa… kenapa oppa cium pipi saya?” tanya Anna dengan
tergagap-gagap.
“Saranghae. Oppa sukakan Anna sejak di universiti. 2 tahun.”
luah Ryeowook.
“Macam mana oppa boleh suka saya?”
“Macam ni…”
Flashback…
“Aish… mana pulak nota Prof. Jung? Mati aku kalau hilang.
Banyak benda simpan kat situ.” keluh Anna dalam keadaan resah. Akhirnya dia
pulang tanpa menemui nota tersebut.
Ryeowook duduk di tempat menunggu bas lalu membaca isi
kandungan buku tersebut yang dia jumpa di kaki lima universiti. Dia terkejut
melihat isi kandung buku tersebut kerana lukisan wajahnya di buku tersebut lalu
dia membaca segala isi buku tersebut dengan teruja. Banyak isi kandungan
tersebut mengenainya. Ryeowook hanya tersenyum.
Sejak dari hari itu, Ryeowook mencari empunya buku tersebut.
Ryeowook tak berputus asa mencari tuan punya buku tersebut. Ketika dia lalu di
hadapan kelas Prof. Jung, dia ternampak seorang gadis yang tercari-cari
sesuatu. Lalu dia ambil keputusan untuk meletakkan buku tersebut di meja yang
berada di pintu utama dan bersembunyi di belakang tiang.
Ryeowook melihat riak wajah gadis tersebut gembira sambil
melompat-lompat. Dia senyum melihat gelagat gadis tersebut. Hatinya merasakan
sesuatu. Dia mula jatuh hati pada gadis tersebut. Sejak daripada hari itu,
Ryeowook sering memerhati gadis tersebut dalam diam.
End of flashback…
“Oh… macam tu ceritanya. Kenapa oppa tak nak jumpa saya
secara bersemuka?”
“Oppa… oppa malu la, Anna.” kata Ryeowook dengan muka merona
merah.
“Hehe. Nado saranghae oppa.” ucap Anna lalu memeluk Ryeowook.
Semua ahli Super Junior bersorak dan mengucapkan tahniah kepada Ryeowook.