When I Start with New Life....
By Nurul Nabilah Zakaria - 8:47:00 PM
Assalamualaikum.
Hehehehe. Dah lama aku menghilang baru sekarang aku buka blog kan? Baru hari tu aku buka. Anyway, yang tu, bab sedih punya. Entri kali ni, aku tak jamin ia sedih atau tak. Aku pun tak tau nak start stiry dari mana.
Okay, nampak mamt belagak hensem kat atas? Sila abaikan. Ia akan merosakkan mata anda. Astaghfirullahal'azim. Cepat istighfar sekali dengan aku! Hehehe. Gurau je. Anyway, for adik-adik yang dah nak sambung belajar, aku ucapkan tahniah untuk korang sebab korang akan menjalani suatu kehidupan baru di tempat orang. Kalau boleh, hidup biarlah sempoi kat sana. Tak apa kalau orang tak suka kita. Janji Allah suka kita.
Bila dah masuk universiti/kolej, mesti korang peningkan nak baca nota atau nak skor dalam final exam. Kali ni, aku nak share tips kat korang, how to score your final exam:
1. Jangan lupa solat - penting tau!
2. Banyakkan bersabar di tempat orang - tak semua situasi kita boleh hadapi kat sana. Apa-apa pun, kenalah bersabar.
3. Hablu minnallah hablu minanas - jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia =)
4. Jaga pemakanan seharian korang - kalau boleh, ikutlah diet Rasullah. Macam mana? Nanti aku explain dalam next entri.
5. Selalu call family - rajin-rajinkan diri call mak ayah kita. Ada waktu lapang, telefonlah mereka. Ketahuilah, mereka selalu merindui dan risaukan keadaan anda di sana.
6. Setiap kali dapat assignment, harus dibuat dengan segera - even lecturer minta assignment next year sekalipun, buatlah awal. Tak la korang kelam kabut.
7. Buat nota pintar *sekiranya rajin*
8. Banyakkan amalan sunat untuk mendapat reward yang lumayan! *best tau!*
9. Jangan bodek lecturer - biar kawan anda bodek lecturer untuk dapat markah lebih. Anda dapat markah kurang daripada kawan anda pun lebih baik. Sekurang-kurangnya, anda tak membodek atau bagi lecturer tambah dosa beliau.
10. Study group - kalau ada kelapangan masa atau sekiranya anda rajin nak buat study group =)
Okay, banyak tak nasihat aku? Serius banyak kan? Tapi, yang banyak ni la yang akan anda akan hadapi kat sana. So, terpulang pada korang nak percaya atau tak nasihat aku ni. Aku tak marah pun. Sekadar nak beri pandangan.
Wassalam.
nota chumel: I maybe not with you. But, promise to believe me, I'm always with you. No matter what happens to you, I still love deep in my heart.
0 00 Budak Chumel